Sunday, 8 April 2012

once and forever ......


Sahabat adalah untuk selamanya sampai Jannah ALLAH SWT...


Selari dengan hadis Rasulullah yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (Hadis riwayat Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantu kamu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorong kamu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
........FRIENDS ARE SUPPOSE TO BE FOREVER......


Saturday, 7 April 2012

tersalah langkah membawa padah


gambar ini saya edit satu ketika dahulu, mengimbas kembali, ketika ke teluk intan untuk walimah abg azwan n azie. masih lagi tersenyum senyum melihat gambar perkahwinan mereka. sangat barakah insyaALLAH. Saya juga mengimpikan walimah yang sederhana, penuh barokah dan diiringi doa dari sang hadirin. sooner or later. insyaALLAH2....

Those are my besties... since 4 years in UiTM.

hari ni, saya rase sangat tidak selesa, dihantui rasa bersalah yang amat sangat. sedih kan bila kita buat sahabat kite sedih sehingga mneitiskan air mata. saya juga sangat tidak boleh menerima keadaan ini, keadaan yang dihantui dengan rase bersalah sangat membuatkan saya tidak senang duduk dan merana, kadang2 jika kite rase benda tu baik untuk kite, xsemestinya baik untuk orang lain jugak. kadang2, kite punya niat yang lain, tp apa yg terjadi sebaliknya. saya kecewa dengan diri sendiri... Semoga ALLAH mengizinkan, dia memaafkan saya. kerana saya sayang dia kerana ALLAH. InsyaALLAH di akhirat kelak, ALLAH akan tunjukkan apa yang sebenarnya di hati saya, tidak seperti apa yang disangka.

Dear sahabat. maafkan saya. maafkan saya. maafkan saya. maafkan saya.....

Saya percaya ujian ini adalah kerana ALLAH ingin menguji sejauh mana persahabatan kami kerana Dia. Saya percaya ujian ini adalah untuk menguji saya yang banyak lagi dosa. Aib yang ALLAH masih sembunyikan. dear sahabat, saya ni banyak lg perlu memperbaiki diri, janganlah kerana ini, kita bakal merosakkan ukhuwah kite.....

jika awak baca post ini, saya dengan rendah hati, mohon maaf di atas keterlanjuran perbuatan saya kepada awk. insyaALLAH sy sentiasa mendoakan awk dr kejauhan walau apa yang terjadi, kerana percaya lah, persahabatan ini kerana ALLAH...

='(

Sunday, 18 March 2012

Lan - Aja, Aneys - Faisol



Tahniah aneys ayuni dan suaminya, faisol.
wahhhh macam tak caya aneys dah jd isteri. senior kawen ngn junior, sangat like2!!
semoga bahagia smpai ke syurga hendaknya..

Lan ngn Aja pon tahniah!!!
lan ni sain sejak zaman kecik, hehe. saya g belarak lagi, bekwoh rumah lan lagi. banyak makan la!
tahniah lan ngn aja. memang sesuaaaiii, padan sangat.
semoga bahagia smpai ke syurga jugak hendaknya!

p/s: doakan untuk saya juga ye ^____^
nak kawen jugaaakk...... hehe

a short while as a teacher


Assalamualaikum....... fuhhh dah berhabuk blog ni. halwani pon siap nak tolong tuliskan dah....baiknyaaa wani. hehe

ahha!!!!! ce tengok bdk paling depan ni. comey topeng dia. dia memang pandai melukis n mewarna. cute!

Alhamdulillah masih lagi di izinkan Ilahi untuk bernafas dan hidup di bumi ALLAH lagi dan lagi. ucaplah syukur dan sentiasalah ingat pada kematian. semoga kita sentiasa di bawah lindungan rahmat Ilahi.

Hari ini hari ahad, sekolah pon bukak pada hari ini di kelate, selepas cuti sekolah seminggu. lantas hati ini merindu murid2 di sekolah. uhuk2... diorang suke panggil "cicerrr!"

the girls yang suke emo, memberontak, dan suke dok atas riba cicer. aip!! ingt kakak awak ke?

the boys yang suke gaduh2, naik atas kerusi, suke didenda. ahha!

habit budak2 darjah 1 ngn darjah 2 ni, banyak pantang!

1.
pantang cicer melintas je depan dorang, mesti panggil "cicer" "cicer". nak makan pon sengeh2 panggil cicer lagi. (cicer=teacher)
2. pantang lalu depan kelas dorang je, mesti lambai2, panggil cicer. xpon, tarik cicer masuk kelas dorang. "cicer masuk la kelas niiii" haha
3. pantang cicer masuk kelas je. idham mesti buat perangai. masuk bawah meja, conteng kertas kawan, kacau kawan pastu tak ngaku dan banyak lg yang buat teacher hilang sabarrrr.... toksey masuk kelas tu sebab kan idham. sob2~~
4. pantang wat kerja sikit, mesti nak tunjuk satu2. "teacher, sy dah siap".. teacher pon pening sume orang nak tunjuk.
5. pantang teacher bawak cekelat, mesti berebut.
6. pantang cicer masuk, mesti bising, xdengar kate, ngade, excaited. adoiii....
7. ada 2 orang ni, muif ngn aminuddin, pantang kelas teacher je, mesti baloh. adeh2!! nyepak2 siap. tp lepas tu baik2 plak...
8. muif plak pantang brang hilang, pastu mula la tuduh sain2 lain. padahal dia missplace. aihhh~~~
dan banyak pantang lagi lah...

ingatkan mengajar budak kecik ni sonang, rupanya lagi banyak cabaran dan kesusahan. camna nak bagi strong basic kat diorang. it is not that easy... saya plak nak tune dr ngajar skolah menengah kepada sekolah rendah pon susah jugak. tp enjoy! tak banyak kerja. walaupon banyak dugaan, mencabar kesabaran, banyak tragedi (tragedi la sangatt...) tapi alhamdulillah, dah habes pon =D

teacher misses all of you already.