Thursday, 21 January 2010

KIAMAT??~

sumber dari pewaris.net~
sekadar perkongsian untuk semua~
beringat2 lah~

2010 telah menjelang. Terasa begitu sekejap sahaja masa berlaku tanpa kita sedari. Semakin hari semakin tua usia kita dan semakin hampir kita kepada saat kematian. Ingatlah tiada yang kekal selamanya melainkan Allah s.w.t. Begitu juga Dajal akan mati setelah menyesatkan manusia di muka bumi ini ribuan tahun. Dari tamadun Mesir Purba, Babylon, Maya, China sehinggalah sekarang dia masih lagi menyesatkan manusia. Hanya menunggu masa yang sesuai untuk muncul kemabli dan mengaku tuhan/penyelamat.

Tetapi perasankah anda, permulaan 2010 ini penuh dengan pelbagai peristiwa seakan memberi petanda kepada kita. Bagi yang peka dengan keadaan sekeliling mungkin perasan dengan perubahan ini, tetapi bagi yang kurang mengambil tahu mungkin masih tidak tahu. Tidak mengapa, mari kita sama-sama teliti dan renungi kejadian-kejadian yang telah terjadi pada 2010 yang baru setapak melangkah. Jadikan artikel ini sebagai peringatan kepada kita dan sama-sama kita renungkan sementara pintu taubat masih terbuka untuk kita.

Pertamanya saya ingin mengajak saudara-saudari, tuan puan untuk membaca dan renungi sabda Rasullulah ini:

Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan
- Sahih Bukhari

Jika kita perhatikan hadis Rasullulah ini dengan situasi zaman sekarang. Adakah ianya bertepatan? Gempa bumi boleh dikatakan berlaku setiap hari sekarang, pembunuhan juga menjadi satu kebiasaan di mana-mana terutama penindasan umat Islam Palestin oleh rejim Zionis laknatullah.

Mari kita selidiki apa yang telah terjadi pada 2010 dengan harapan ia dapat sedikit sebanyak menimbulkan rasa keinsafan di dalam diri kita semua. Bermulanya 2010 dengan isu penggunaan kalimah suci Allah oleh agama lain yang telah mencetuskan huru-hara di dalam negara sehingga menyebabkan rumah ibadat agama diserang.

Peristiwa gerhana matahari dan bulan juga telah berlaku pada awal tahun ini. Dan peristiwa ini telah terjadi pada 1 Januari 2010 (gerhana bulan) yang telah jatuh pada hari Jumaat dan pada 15 Januari 2010 (gerhana matahari) yang juga jatuh pada hari Jumaat. Dua gerhana yang berlaku dalam jangkamasa 2 minggu dan jatuh pada hari Jumaat. Dan kiamat juga akan berlaku pada hari Jumaat. Adakah ini membawa sebarang petanda dari pencipta alam semesta ini kepada hambanya bahawa masanya kian hampir?


Seterusnya kita beralih kepada bencana alam yang saban hari semakin banyak berlaku. Bermulanya tahun 2010 dengan gempa bumi di Kepulauan Solomon, Haiti, California, banjir di Brazil dan letusan gunung berapi di Congo. Ini adalah antara bencana alam yang saya tahu, mungkin ada lagi yang telah terlaku tetapi tidak saya kongsikan di sini.

Gempa bumi di Haiti



Banjir di Brazil



Gempa bumi di California


Letusan Gunung Berapi Nyamuragira di Congo



Bukanlah mahu menakutkan anda semua tetapi hanyalah untuk anda berfikir sejenak tentang perkara ini. Bumi ini sudah terlalu tua dan Rasullulah pernah bersabda bahawa zamannya dengan kiamat hanyalah ibarat jarak antara jari telunjuk dan jari tengah sahaja. Kini sudah lebih 1400 tahun ia berlalu dan boleh dikatakan semua tanda kecil kiamat sudah terjadi, hanya menunggu tanda-tanda besar untuk terjadi. Wahai umat Islam, sudah tiba masanya kita bangkit kembali, bersatu demi agama Islam tercinta. Sekian lama mereka memecah belahkan kita menerusi fahaman politik yang akhirnya hanya merugikan kita sendiri, Ordo Ab Chao. Bersatulah di bawah satu panji, panji Islam. Sudah masanya kita berubah dan kembali bangkit di akhir zaman.


Sebelum saya akhiri artikel ringkas dari saya, mari kita renungi firman Allah:


Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;

Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!

Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?

Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).

(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).

Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"

Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),

Dan bulan hilang cahayanya,

Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,

(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"

Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!

Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.

Al-Qiaamah 1-12